Internasional

Nahdlatul Ulama Malaysia (NA'AM) Kutuk Penghancuran Makam Syekh Abdus Somad Kelantan

Sel, 14 Januari 2020 | 13:54 WIB

Nahdlatul Ulama Malaysia (NA'AM) Kutuk Penghancuran Makam Syekh Abdus Somad Kelantan

Puing makam Syekh Abdus Somad Kelantan (Foto: Faiz Hafizuddin/Abdullah Alawi)

Kelantan, NU Online
Pertubuhan Nahdlatul Ulama Malaysia (NA’AM) mengutuk tindakan sekelompok orang yang merobohkan makam al-arif billah Syekh Abdus Somad bin Muhammad Salleh Al-Kelantani atau Tuan Tabal yang merupakan Khalifah Thariqat Ahmadiah Idrisiah pertama di Alam Melayu dan guru bagi Syaikhona Kenali atau Tok Kenali Al-Kelantani.

”Jam’iyah Nahdlatul Ulama' Malaysia (NA’AM) mengutuk perbuatan biadab merobohkan makam al arif billah Syeikh Abdul Somad Bin Muhammad Soleh Al Kelantani sehingga menjadi rata oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Berkemungkinan besar individu-individu tersebut terpengaruh dengan fahaman Wahabiyyah,” ujar Ustadz Faiz Hafizuddin Bin Rosli Ketua Tanfidziyah NA’AM kepada NU Online Selasa (14/1).

Menurut Ustadz Faiz, umum mengetahui, hukum membangun di atas kubur, apalgi  di  tanah perkuburan yang di sabil atau diwakafkan itu haram menurut Mazhab Syafi’iyyah. Sedangkan Maqam Tuan Tabal ialah tanah milik sendiri. 

Namun di dalam hukum tersebut, menurut Ustadz Faiz, ada beberapa kubur yang dikecualikan daripada pengharaman tersebut sebagaimana ibarah di dalam kitab fiqh Al-Bujairimi:

Artinya: “Al-Bujairimi berkata: ‘Sesetengah ulama mazhab Syafi’i mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang saleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang saleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”
“NA’AM mengajak agar semua ummat Islam bertaqwa kepada Allah dan beradab dengan para auliya Allah dan ulama arif billah agar menghormati kubur kuburan mereka dengan tidak meroboh sesuka hati dan tidak menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan oleh syarak (syariat) di atas kuburan mereka,” jelasnya.  

Pernyatan tersebut disampaikan juga dalam bentuk resmi dengan ditandatangani pertubuhan NU Malaysia (NA’AM) yaitu Tuan Guru Haji Ahmad Ridouddin Bin Abdul Wahab (Rais Am NA’AM), Tuan Guru Hj Norhisyam Bin Mahmud (Khatib Am NA’AM), Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli (Ketua Tanfiziyah NA’AM), Ustaz Ahmad Zairani (Timbalan Ketuan Tanfiziyah NA’AM), Ustaz Abdul Rahim (Ketua Setiausaha Agong NA’AM).
 
Penulis: Abdullah Alawi